Video kitaran hidup Nyamuk...(baru jumpe ni..hehe)
Assalamualaikum...
Kali ni aku nk bercerita kisah Nyamuk plak ..hehee..sblum ni pnah aku wat kt noted FB tp tu xla details sgt..so kali ni ade terbaca gak mngenai Nyamuk yg sebenarnya. Mesti bile sbut pasal Nyamuk korang sume cam nk mrh ke geram ke.. yela sape suke kt Nyamuk kan? nak2 dgr bunyi die..alahai! apetah lg kene isap drh kan..Pang!! bg skali je..sdp2 je isap drh aku...so sbut pasal Nyamuk dah tentu2nya kte tau die pemakan/penghisap darah kan..huhu..tp tu la xbtol tu..kite salah kt situ..xpe kt bwh ni aku akan jelaskan Nyamuk yg sebenarnya..So harap u ols luangkan masa skit baca artikel bkenaan makhluk ciptaan Allah ni..heee...macehhhh!
Dalam Al-Quran Allah seringkali menyeru manusia untuk mempelajari alam dan menyaksikan "ayat-ayat" yang ada padanya. Semua makhluk yg hidup atau pon tidak di dunia ini dipenuhi 'ayat' yg menunjukkan bhawa alam semesta ini telah diciptakan. Adalah wajib untuk manusia memahami ayat-ayat ini menggunakan akal sehingga akhirnya kte menjadi hamba yg patuh di hadapan Allah. Insya Allah.
Ok2...mari kite mulakan! heee... Mungkin banyak di antara kita yg menganggap nyamuk sebagai serangga yang biasa saja, atau pon menjengkelkan sbb suka mengganggu kte di wktu tidur. Namun, semestinya Allah mendorong kite ntuk memikirkan keajaiban serangga itu.
Makanan Nyamuk
Sebenarnya, hanya Nyamuk betina sahaja yg menghisap darah kite dan perbuatannya bukan untuk dijadikan sebagai makanannya. hmm... Sama ada Nyamuk Jantan atau Betina, keduanya hidup dengan memakan 'Nectar' (debunga/madu kot) hehe. Jadi ntuk apa Nyamuk betina tu isap darah kite kan kalau darah ni bkn mkanan dorang? Jwpnnye ialah Nyamuk betina memerlukan darah yang mengandungi protein untuk perkembangan dan pertumbuhan telur2nya. Lebih jelas adalah untuk meneruskan generasi die mcm semut, manusia dan makhluk2 lain la. Baru tau ke? hehe..nasib baik i tau awal skit drp u ols...eceee...heee..gurau eh!
Perubahan Warna
Proses perkembangan Nyamuk merupakan peristiwa yang paling menakjubkan. Di bawah ini huraian singkat tentang metamorfosis Nyamuk dimulai dari larva, beberapa fasa hingga akhirnya menjadi Nyamuk dewasa. Nyamuk betina menghasilkan telurnya pada dedaun lembab ataupon kolam2 yg berair di musim panas / gugur. Sebelum menemui tmpt yg sesuai, Nyamuk betina mencari tmpt yg btol2 sesuai dgn menggunakan reseptornya yg amat peka.
Telur yang panjangnya kurang dari 1 mm ini diletakkan secara teratur hingga membentuk sebuah barisan teratur. Kebiasaannya mereka menghasilkan 200biji telur dalam pada masa yang sama dan telur-telurnya mampu bertahan selama 5 hari sebelum menetas. byk kan?? huhu
Telur-telur berwarna putih yg dihasilkan akan berubah warna menjadi semakin gelap, dan dalm bbrapa jam menjadi hitam legam. Warna gelap ini berfungsi untuk melindungi telur-telur tersebut agar tidak dilihat oleh serangga maupun burung pemangsa. Bbrapa larva-larva yang lain juga berubah warna, menyesuaikan dengan warna tempat di mana mereka berada, hal ini berfungsi sebagai kamuflase agar tidak mudah terlihat oleh pemangsa.
Larva-larva ini berubah warna melalui berbagai proses kimia yang terjadi pada tubuhnya.Hidup Sebagai Larva
Apabila waktu yg matang, para larva (jentik2) keluar drp telurnya dan memakan micro organism sehingga membesar dgn cpt dan pd akhirnya kulit pembungkus bdannya menjadi ketat/sempit. Ini adalah petanda ntuk sorang mengganti kulit. Pada tahap ni, kulit yang keras dan rapuh ini mudah pecah dan mengelupas. Para larva tersebut mengalami dua kali pergantian kulit sebelum menyelesaikan wktu mtang hidup mereka sebagai larva.
Jentik2 ni mdapatkan mkanan dgn cara menakjubkan. Dorang membuat pusaran air kecil dgn menggunakan bhagian ujung bdan dorang yg mempunyai bulu seperti kipas/pendayung. Putaran air tersebut menyebabkan bkteria dan micro organism tersedut dan msuk ke mulutnya. Cara pernafasan dorang ialah menggunakan saluran udara sama seperti "snorkel" (paip saluran pernafasan) yg biasa digunakan oleh penyelam menambahkan keunikkan pd dorang. huhu.. Badan jentik2 ini juga mengeluarkan cecair likat yg mampu mencegah air untuk memasuki saluran pernafasannya.
Meningkat Dewasa
p/s : Mereka mempunyai 3000 spesis di seluruh dunia, kebanyakan tidak mengigit manusia berbanding beberapa spesis. Dan yang terakhir, anda mungkin terdedah kepada gigitan Nyamuk jika badan anda berbau busuk. Kebiasaan Nyamuk lebih suka kepada wanita yg dalam keadaan 'datang bulan/period' berbanding yang lain.Mereka akan melakukan aktiviti gigitan sebanyak 500 kali semasa bulan penuh/purnama dimana ia tidak menghalang reputasi mereka sebagai makhluk hidupan yang digeruni. hehehehe
No comments:
Post a Comment