Tuesday, January 25, 2011

Kelahiran LuarBiasa - Anak Kanggaru (Kangaroo)

Kelahiran LuarBiasa - Anak Kanggaru (Kangaroo)


Video Kelahiran anak kanggaru


Assalamualaikum....

Seperti biasa aku nak kongsi kan bersama korang sume kisah2 yg menarik yg aku ade..huhu.Kali ni berkenaan Haiwan yg kte taw slalunye mmg byk ade kt Australia iaitu Kanggaru...hehehe...Cume yg lebih menarik korang akan lebih teruja melihat kitaran hidup atau lebih jelas kelahiran yg ckup luar biasa Haiwan yg bernama Kanggaru ni...huhuhu...nak2 siap ade video kt atas kan..walaweh! hehehe...Jadi sperti biasa la kan..luangkan masa dlm 5-7 mnt ntuk mengetahui lebih mendalam mengenai Haiwan Ciptaan Allah yg comey lotey ni! tp jga2 skali kene kick ass melambung nok! hehehe...ok let's start~

 Kitaran Hidup Anak Kanggaru

Sistem reproduksi kanggaru adalah sgt berbeza jika dbanding dgn mamalia yg lain. Embrio kanggaru melalui bbrapa peringkat di luar kandungan yg mana kte tau spatutnye ia berlaku di dalam kandungan. Selepas drp persenyawaan, anak kanggaru yg msih buta sebesar 1-2cm akn keluar menjelajah dunia. Biasanya terdapat seekor shj yg lahir pd satu-satu masa. Di peringkat ni dipanggil 'Neonate'. Time2 cmni ia akan berlaku di dalam kandungan bg tiap2 mamalia yg lain, tp bg anak kanggaru time2 cmni die akan keluar dan hanya bersaiz 1-2cm shj..teruja x? ke xbrape fhm lg?..hehe..xpe baca slow2 n fhm kan...

Semestinye, time2 kecil camni ia tidak dpt hdup tnpa ibunya kan. Since die kuar drp kandungan ibunya, 'Neonate' akn mula memanjat bebulu tubuh ibunya dgn mggunakan kaki hadapan dan akan smpai di kantung ibunya slepas 3mnt. Jauhkn..igt sng ke nk pnjt ke kantung maknya dlm keadaan buta dan sebesar tu..huhu..ok2 sambung! Bagi anak kanggaru yg kerdil ni, kantung ibunya memainkan peranan yg sama sperti mamalia lain. Tp semestinya merupakan perbezaan yg ketara sbb mamalia yg lain hadir ke dunia sbgai baby, manakala si anak kanggaru ni melihat dunia dalam peringkat embrio lagi..huhu..Time ni fizikal die mmg xnmpak jelas pon kire mcm ape pon xterbentuk lagi la..huhuhu..wow..amazing!!

Ok slepas pgembaraan slama 3 mnt, ia akan smpai di kantung ibunya dan akan terus melekat pd salah satu drp empat puting susu ibunya dan akan mula menyusu. Dan di peringkat ni, si ibu melalui 1 lagi masa pengovulan dan sebiji telur akan terbentuk di dalam rahimnya. Si ibu akan mengawan lg dan myebabkan telur tersenyawa kali kedua. Tapi kali ni, Ovum yg tersenyawa tu xkan mbesar dgn cpt. Sekiranya kemarau melanda pedalaman Australia, tumbesaran telur yg disenyawakan di dalam rahim akan kekal terbantut shingga tmat musim kemarau. Dan ia akan mula membesar ketika musim hujan lebat dan kwsn yg dipenuhi pdg rumput yg byk.
Kelahiran Kedua

Dalam keadaan cuaca yg baik, 'Neonate' yg berukuran sebesar biji kacang mula merayap keluar drp mulut rahim ibunya setelah 33 hr persenyawaan dan naik ke kantung ibunya seperti yg dilakukan 'Neonate' yg pertama. Pd masa yg sama, 'Neonate' pertama telahpun mbesar dgn sempurna di dalam kantung ibunya. Ia hidup  tnpa membahayakan adik barunya yg Time tu hanya sepanjang 1cm. Setelah berumur 190hari, ia ckup matang untuk melakukan aktiviti mgembara kt luar kntung ibunya plak. Time tu, ia meluangkan sbhagian besar masanya di luar dan meninggalkan terus pd hr ke 235 kelahiran untuk hdup berdikari.

Selepas kelahiran kedua, si ibu akan mengawan lagi..arrr..ganaz! hehehe.So hasilnye, si ibu ada 3 ekor anak  yg bergantung padanye. Anak yg sulung (along) mula memakan rumput tp akan blik ke kantung ibunya untuk menyusu, yg anak kedua (angah) masih bergantung ngn susu dan yg anak ketiga (acik eh? ntahla) tu adalah 'neonate' yg baru dilahirkan. Apa yg menarik time ni ialah ketiga-tiga anaknya berada dalam peringkat tumbesaran yg berbeza. Cecair susu yg diambil oleh 'Neonate' yg naik ke kantung adalah jernih tidak berwarna dan menjadi lebih putih dan kelihatan sperti susu sebenar. Jumlah lemak dan kandungan lain di dalam susu akan bertambah sesuai dgn tumbesaran anak-anaknya.

Time anak sulung (along) mengambil kandungan yg sesuai untuk keperluannya, cecair susu yg mudah dicerna pula dikhususkan khas ntuk anak keduanya (angah) . Dgn itu, tubuh ibu secara serentak menghasilkan dua jenis susu dgn ramuan yg berbeza. (wah..hebatnye) ok..Apabila ank yg ketiga lahir, secara 'automatik' akan menjadi tiga jenis susu dgn ramuan yg berbeza iaitu susu penuh nutrien untuk (along), susu kurang kandungan lemak ntuk (angah) dan susu nutrisi untuk yg bongsu anak ketiga (apetah nk pggl..huhu) ..kirenya setiap seekor anak-anak kanggaru ni mengguakan puting susu yg dikhususkan ntuknya bagi mengelakkan sbrang risiko terhadap tumbesarannya.


Menakjubkan

Sistem pemakanan ni mmg sgt la menarik dan semestinya merupakan sebuah hasil ciptaan yg istimewa. Semestinye si ibu tidak menyediakan semua ramuan2 tu dgn sendirinya dan kalau btol pon die yg menghasilkan sndiri macam mana die bole lakukan semua tu? salurkan tiga susu berlainan ntuk anak2nya..huhu...Hakikatnya kita pon tau Kanggaru mmg xberupaya melakukan semua proses tu. Fenomena yg menakjubakan ni mmg sudah pasti la sebuah sifat yg diciptakan oleh Maha Pencipta kita untuk kita sedar bahwa hakikatnya Dialah Maha Berkuasa, Pencipta segala Alam dan Makhluknya...huhu...

Atleast dgn setiap pembacaan yg kite buat dpt membuka minda kite skit kan..hehe..kalau x mmg xtau la cmne persekitaran kehidupan makhluk2 lain..byk bnda nk kene kaji n baca..just ntuk pengetahuan kte je..mane tau dgn ilmu yg ade kte leh sampaikan kt org lak kan...hehehe...aku ni pon bru dlm sgala hal..so same2 la kite ye...hehe..renung2kan slamat membaca! heeee... Assalamualaikum...





~Ambil Kesempatan Kemalangan (memalukan)~

Ambil Kesempatan Kemalangan
& Dosa Berganda
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Memalukan


Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang boleh dikatakan kepada pemilik wang syiling RM75,000 yang mengalami kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas. Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, orang ramai dikatakan berpusu-pusu menghentikan kenderaan mereka, sebahagiannya bukan untuk menolong mengutip dan mengembalikan wang yang berteraburan itu tetapi sebaliknya mengambil dan melarikan semua wang syiling yang dikutip.
Tentunya penghargaan wajar diberikan kepada mereka yang datang membantu tetapi bagi mereka yang mengambil kesempatan melarikan wang terbabit, kejadian seperti ini amat mendukacitakan dan jelas memperlihatkan betapa rakusnya nafsu keinginan kepada wang.

Mereka sama sekali tidak mengendahkan persoalan hukum. Demikian amaran Nabi Muhammad :

يأتي على المرء زمان لا يبالي المرء ما أخذ منه ، أمن الحلال أم من الحرام
Ertinya : Akan sampai satu zaman dimana manusia tidak lagi menghiraukan dari sumber mana diperolehi hartanya, sama ada dari yag halal atau yang haram ( Riwayat Al-Bukhari)
Lebih teruk dari itu, tiada lagi rasa ‘malu’ dan hiraukan kecederaan tuan punya wang yang berada di tempat yang sama. Mereka juga tidak menghiraukan keselamatan diri mereka sendiri sehingga dilaporkan ada yang mengutipnya di tengah-tengah lebuh raya, sehingga terpaksa akhirnya pihak berkuasa menutup laluan bagi memastikan tiada kemalangan nyawa akibat kerakusan itu.


HUKUM BARANG JUMPA

Bayangkan di dalam Islam, setiap harta yang dijumpai dan tidak diketahui pemilik pun tidak boleh kita nikmati sebelum melalui proses tertentu. Harta yang ditemui tanpa dikethaui pemilik dinamakan ‘Luqatah’ di dalam ilmu Fiqh Islam.

Nabi menyatakan :
من وجد لقطة فليشهد ذا عدل أو ذوي عدل ولا يكتم ولا يغيب فإن وجد صاحبها فليردها عليه وإلا فهو مال الله عز وجل يؤتيه من يشاء
Ertinya : Barangsiapa yang menumpai sesuatu harta, maka wajiblah dia memaklumkannya ( bersaksi) dia menjumpainya kepada orang yang adil atau pihak berkuasa, tidak boleh sama sekali dia menyembunyikan dan menghilangkannya. Sekiranya dapat dijumpai pemiliknya wajiblah dia mengembalikan wang terbabit, jika gagal maka harta tadi adalah dikira milik Allah dan boleh disedeqahkan kepada sesiapa yang diingini.” ( Riwayat Abu Daud )

Imam Al-Khattabi menghuraikan , ia hanya boleh dimanfaatkan oleh yang menjumpainya setelah mencari pemilik tersebut dalam tempoh satu tahun. ( Aunul Ma’bud, hlm 101).

Itu perbincangan hukum menjumpai harta dan panjang lagi perbincangannya dalam mazhab-mazhab Fiqh Islam, cuma dapat kita lihat betapa Islam mengajar umatnya agar sentiasa peka dan berhati-hati dalam apa jua harta yang diterima. Malah yang dijumpai pun belum tentu boleh dimanfaatkan. Apatah lagi untuk mengganggap ia sebagai ‘rezeki terpijak’ atau ‘durian runtuh’.

Jika demikian displin Islam dalam bab harta yang dijumpai, tentulah Islam sangat melarang sesiapa juga mengambil kesempatan mencuri, merompak dan melarikan wang yang tercicir akibat kemalangan sedang diketahui tuannya sedang dalam kesakitan.

Sebenarnya keadaan ‘mengambil kesempatan’ di atas sesuatu musibah dan kemalangan ini bukan hanya merujuk kepada kes di atas, tetapi telah banyak kali dapat kita baca disiarkan oleh media massa. Ada yang mengambil kesempatan semasa kebakaran, gempa bumi dan sepertinya, mereka mencuri barangan tuan rumah yang terpaksa ditinggalkan.

Teringat pernah diwartakan suatu ketika dahulu, bagaimana mangsa yang cedera parah dan yang maut akibat kemalangan dicuri dompet dan barangan berharga mereka yang terdapat di dalam kenderaan. Semuanya dilakukan oleh sebahagian penyamun dari kalangan orang ramai yang berkerumun yang kononnya ingin membantu, keadaan itu menyukarkan tugas polis untuk mengenal mangsa.

Tidak kurang juga yang merompak semasa demonstrasi dan yang lebih teruk pernah dilaporkan, seorang pegawai sukarela menangkap pelaku khalwat, menerima rasuah dan ada yang merogol mangsa ketika dalam perjalanan menghantarnya ke rumah ibubapa mangsa. Begitu buruknya sifat dan sikap manusia seperti ini.


CERMINAN MASYARAKAT KITA?

Gambaran-gambaran di atas sebenarnya mampu memberikan sedikit idea berkenaan sikap sebahagian besar masyarakat kita hari ini. Sikap tidak amanah apabila berhadapan dengan peluang mendapat wang dan peluang mudah, dengan segera disambar tanpa menghiraukan kesan luka di dalam hati mangsa. Disebabkan oleh sifat sebegini rasuah masih gagal dihentikan, keterlibatan dalam skim cepat kaya, skim piramid dan pelbagai skim menipu masih terus berkembang dan mendapat mangsa. Semuanya disebabkan sifat kerakusan malas mengkaji dan tanpa ilmu yang menyubur, menyebabkan diri tersangkut di dalam jerat pendapatan kononnya cara mudah.


DOSA BERGANDA

Dosa bagi mereka yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain adalah lebih besar berbanding dosa biasa. Merampas dan meragut sememangnya merupakan suatu dosa. Namun apabila ia dilakukan di ketika pemilik harta dalam keadaan cedera kemalangan sama ada di jalanraya atau kemusnahan di dalam rumah. Dosa penjenayah terbabit BERGANDA, KEHINAAN mereka di sisi Allah juga menjadi berganda.

Hal itu hampir sama seperti mengenakan caj penalti di ketika peminjam tidak mampu melunaskan hutangnya, dan berada di dalam situasi yang benar-benar sukar. Dalam keadaan itu, pemberi pinjam sewajarnya memberikan waktu kelegaan bagi meringan beban peminjam dan bukan menjerut leher mereka dengan menambah hutang mereka dengan caj penalti yang membebankan. Ia adalah riba dan Ibn Qayyim menegaskan pengharamanya disebabkan kezaliman jelas yang terkandung dalam tindakan tersebut.


WAJIB PULANGKAN

Justeru, saya ingin menasihatkan mana-mana individu yang terlibat mengutip dan melarikan wang tercicir di dalam kemalangan di lebuhraya kelmarin, agar segera bertaubat dan memulangkan wang terbabit kepada pemiliknya walau ia bernilai beberapa ringgit.

Nabi bersabda :
لا يحل لمسلم أن يروع مسلما، إذا أخذ أحدكم متاع أخيه فليرده
Ertinya : Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menakutkan Muslim yang lain, dan apabila seorang kamu mengambil hak milik saudaranya yang lain, wajiblah dia memulangkannya kembali (Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud)

Nabi juga mengingatkan :
لا يحل مال امرئ مسلم إلا بطيب نفس منه.
Ertinya : Tidak halal harta yang dimiliki oleh seseorang Muslim ( untuk diambil oleh orang lain) kecuali diizinkan olehnya ( Riwayat Ahmad, 5/72)

Tanpa memulangkan kembali, ia bakal menjadi suatu beban di dalam kuburan kelak. Ia amat jelas wang yang haram digunakan oleh mereka dan perlu disedari dosa tindakan itu berganda-ganda kerana sebab yang dinyatakan di atas.


KESIMPULAN

Kes kemalangan di lebuhraya itu hanyalah sebagai contoh kepada semua jenis insiden kemalangan yang lain. Amat perlu masyarakat kita diingatkan agar tidak sama sekali mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

Walaupun sekali pandang, kes ini kelihatan kecil dan remeh tetapi hakikatnya ia adalah besar kerana memberi cerminan sikap masyarakat kita yang amat gersang dari pengisian rohani dan etika, sehingga tergamak mengambil kesempatan di atas kesusahan orang. Ia juga membimbangkan kerana melambangkan sikap pentingkan diri sendiri sudah begitu hampir ke tahap kemuncak kejahatan kejahatan.

Jika demikian sikap mereka terhadap duit beberapa sen dan ringgit sahaja, bayangkan jika di hadapan mereka adalah wang yang lebih besar.

Pihak berwajib dan mana-mana pihak yang punyai kuasa sama ada di peringkat keluarga, masyarakat, negeri dan negara tidak boleh memandang ringan insiden ini kerana ia jelas memerlukan satu plan terbaik untuk merawat pembangunan kerohanian, integriti dan etika masyarakat.

Tidak dinafikan, ia juga mungkin manifestasi betapa terdesaknya masyarakat ketika menghadapi tekanan perbelanjaan harian yang semakin meningkat dewasa ini. Tekanan yang semakin mendesak boleh mengakibatkan seseorang bertindak seperti hilang aqal.

Semoga kita semua mampu berperanan dalam ruang lingkup kuasa kita selain berteriak meminta pihak itu dan ini untuk bertindak. Jalan yang terbaik untuk memulihkan masalah ini adalah mulakan dengan diri dan keluarga sendiri.

Sekian

~Nyamuk yg Sebenar~

Video kitaran hidup Nyamuk...(baru jumpe ni..hehe)




Assalamualaikum...

Kali ni aku nk  bercerita kisah Nyamuk plak ..hehee..sblum ni pnah aku wat kt noted FB tp tu xla details sgt..so kali ni ade terbaca gak mngenai Nyamuk yg sebenarnya. Mesti bile sbut pasal Nyamuk korang sume cam nk mrh ke geram ke.. yela sape suke kt Nyamuk kan? nak2 dgr bunyi die..alahai! apetah lg kene isap drh kan..Pang!! bg skali je..sdp2 je isap drh aku...so sbut pasal Nyamuk dah tentu2nya kte tau die pemakan/penghisap darah kan..huhu..tp tu la xbtol tu..kite salah kt situ..xpe kt bwh ni aku akan jelaskan Nyamuk yg sebenarnya..So harap u ols luangkan masa skit baca artikel bkenaan makhluk ciptaan Allah ni..heee...macehhhh!

Dalam Al-Quran Allah seringkali menyeru manusia untuk mempelajari alam dan menyaksikan "ayat-ayat" yang ada padanya. Semua makhluk yg hidup atau pon tidak di dunia ini dipenuhi 'ayat' yg menunjukkan bhawa alam semesta ini telah diciptakan. Adalah wajib untuk manusia memahami ayat-ayat ini menggunakan akal sehingga akhirnya kte menjadi hamba yg patuh di hadapan Allah. Insya Allah. 

Ok2...mari kite mulakan! heee... Mungkin banyak di antara kita yg menganggap nyamuk sebagai serangga yang biasa saja, atau pon menjengkelkan sbb suka mengganggu kte di wktu  tidur. Namun, semestinya Allah mendorong kite ntuk memikirkan keajaiban serangga itu.

Makanan Nyamuk

Sebenarnya, hanya Nyamuk betina sahaja yg menghisap darah kite dan perbuatannya bukan untuk dijadikan sebagai makanannya. hmm... Sama ada Nyamuk Jantan atau Betina, keduanya hidup dengan memakan 'Nectar' (debunga/madu kot) hehe. Jadi ntuk apa Nyamuk betina tu isap darah kite kan kalau darah ni bkn mkanan dorang? Jwpnnye ialah Nyamuk betina memerlukan darah yang mengandungi protein  untuk perkembangan dan pertumbuhan telur2nya. Lebih jelas adalah untuk meneruskan generasi die mcm semut, manusia dan makhluk2 lain la. Baru tau ke? hehe..nasib baik i tau awal skit drp u ols...eceee...heee..gurau eh!

Perubahan Warna

Proses perkembangan Nyamuk merupakan peristiwa yang paling menakjubkan. Di bawah ini huraian singkat tentang metamorfosis Nyamuk dimulai dari larva, beberapa fasa hingga akhirnya menjadi Nyamuk dewasa. Nyamuk betina menghasilkan telurnya pada dedaun lembab ataupon kolam2 yg berair di musim panas / gugur. Sebelum menemui tmpt yg sesuai, Nyamuk betina mencari tmpt yg btol2 sesuai dgn menggunakan reseptornya yg amat peka.
Telur yang panjangnya kurang dari 1 mm ini diletakkan secara teratur hingga membentuk sebuah barisan teratur. Kebiasaannya mereka menghasilkan 200biji telur dalam pada masa yang sama dan telur-telurnya mampu bertahan selama 5 hari sebelum menetas. byk kan?? huhu

Telur-telur berwarna putih yg dihasilkan akan berubah warna menjadi semakin gelap, dan dalm bbrapa jam menjadi hitam legam. Warna gelap ini berfungsi untuk melindungi telur-telur tersebut agar tidak dilihat oleh serangga maupun burung pemangsa. Bbrapa larva-larva yang lain juga berubah warna, menyesuaikan dengan warna tempat di mana mereka berada, hal ini berfungsi sebagai kamuflase agar tidak mudah terlihat oleh pemangsa. 
Larva-larva ini berubah warna melalui berbagai proses kimia yang terjadi pada tubuhnya.

Hidup Sebagai Larva 


Apabila waktu yg matang, para larva (jentik2) keluar drp telurnya dan memakan micro organism sehingga membesar dgn cpt dan pd akhirnya kulit pembungkus bdannya menjadi ketat/sempit. Ini adalah petanda ntuk sorang mengganti kulit. Pada tahap ni, kulit yang keras dan rapuh ini mudah pecah dan mengelupas. Para larva tersebut mengalami dua kali pergantian kulit sebelum menyelesaikan wktu mtang hidup mereka sebagai larva.

Jentik2 ni mdapatkan mkanan dgn cara menakjubkan. Dorang membuat pusaran air kecil dgn menggunakan bhagian ujung bdan dorang yg mempunyai bulu seperti kipas/pendayung. Putaran air tersebut menyebabkan bkteria dan micro organism tersedut dan msuk ke mulutnya. Cara pernafasan dorang ialah menggunakan saluran udara sama seperti  "snorkel" (paip saluran pernafasan) yg biasa digunakan oleh penyelam menambahkan keunikkan pd dorang. huhu.. Badan jentik2 ini juga mengeluarkan cecair  likat yg mampu mencegah air untuk memasuki saluran pernafasannya.



Meningkat Dewasa

 Terbentuknye Nyamuk dewasa diakhiri dgn pengeluarannya drp kulit kepompong di bahagian atas, bahagian akhir dari perkembangan mereka yakni tahap kepompong (pupal stage). Risiko yg tbesar waktu ni ialah masukknya air dlm kepompongnya. Lucky, bhgian ats kepompong ni dilapis dgn cecair yg likat tu ts bg melindungi kepompong tu drp dimasuki air. Tapi time ni sgt la mencabar, sbb tiupan angin yg lembut pun bole mengakibatkan Nyamuk2 muda lemas dalam air tu. Nyamuk muda ni hnya perlu keluar drp kepompong dan memanjat ke atas permukaan air dgn menggunakan kaki2nya sekadar menyentuh permukaan air shj..huhu...susah tu..kalau tenggelam mmg mati la beliau! Akhirnya mreka2 pon bebas la mencari mangsa dan melakukan proses yg sama..huhu..kite sbgai manusia perlu bersabar je la eh..kalau agak2 nampak Nyamuk tu bahaya Pang! skali..hehehe..tp kesian lak sbb tu je cra nk menghasilkan anak2 dorang..huhu...tp kalau leh wat penyakit bg 2 or 3 kali Pang! pon xpe..huu





p/s : Mereka mempunyai 3000 spesis di seluruh dunia, kebanyakan tidak mengigit manusia berbanding beberapa spesis. Dan yang terakhir, anda mungkin terdedah kepada gigitan Nyamuk jika badan anda berbau busuk. Kebiasaan Nyamuk lebih suka kepada wanita yg dalam keadaan 'datang bulan/period' berbanding yang lain.Mereka akan melakukan aktiviti gigitan sebanyak 500 kali semasa bulan penuh/purnama dimana ia tidak menghalang reputasi mereka sebagai makhluk hidupan yang digeruni. hehehehe

Monday, January 24, 2011

~Keajaiban Dunia Semut~

~Keajaiban Dunia Semut~


Assalamualaikum...


Hari ni aku nk menyingkap kehidupan ataupun keajaiban Dunia Semut...aku baru lepas baca buku hasil karya Harun Yahya..aku suka baca karya2 Harun Yahya..kebanyakkan karya dia meneliti tentang kebesaran Allah s.w.t..tp xla smua buku dia yg aku bace sbb aku pon xknal beliau sblm ni..hehe..tp apa pon mari la sama2 kte menerokai dunia sebenar serangga yg bernama Semut. Aku yakin ramai diantara kita sbnrnya xtau tntg kehidupan Semut ni...hehe..yg kite tau semut ni rajin n kuat bekerja..btol ke? hehe..jom..kite mulakan satu2 k..tentang serangga ciptaan Allah ni..


Untuk pengetahuan korang la kan, sebahagian besar kehidupan semut di dunia adalah semut betina. Manakala, semut jantan ni usianya pendek sbb satu tugasan mereka bila dewasa adalah untuk berkahwin dgn semut betina iaitu Ratu Muda. Jgn xtau semut pon berkahwin tau! ade tok kadi ke x tu aku xpasti..haha..ngek aku ni! OK smbung balik, apabila semut jantan ckup dewasa sesi mengawan akan berlaku dan xlama slepas tu semut jantan akan mati. Pendek kata, ciptaan semut jantan hanya ntuk memberi gens/sperma kpd semut betina bagi meneruskan generasi mereka. Kire komuniti semut sebenarnya terdiri daripada Ibu dan anak2nya sahaja.

 Semut ni memiliki kehidupan yg harmoni walaupun jumlah mreka besar. Kita sndiri dpt menyaksikan setiap tahap kehidupan masyarakatnyakan. Tujuan hidup semut ni kan ialah teguh bersatu dengan pengorbanan yg ckup la besarnya tidaklah bersifat penting diri..ecee..Bahkan mreka ni xpnah berfikir dua or tiga kali untuk mengorbankan diri mereka jika itu je cara mengembangkan generasinya. Contoh yg tbaiklah adalah kejadian yg menimpa semut jantan selepas berkahwin tu.. huhuhu..jap eh aku cite lebih detail ttg pengorbanan semut jantan kt bwh ni

 Mati Demi Generasinya

Perkawinan semut berlangsung bagaikan sebuah upacara. Perkawinan semut kebanyakan berlaku di udara. Para pejantan datang lebih dahulu dan menunggu kedatangan sang ratu muda. Ketika seekor betina hinggap di tanah (masa sebelum kawin semut betina ada sayap), 5-6 semut jantan mula berlari mengelilingi sang ratu. Apabila si betina telah mendapatkan sperma yg ckup, ia akan memberi  isyarat/signal  yg berbentuk getaran.  Masa tu, para pejantan semua faham la isyarat/signal tersebut yg mana si betina ni  dah ready untuk melepaskan diri. Hebatkan? huu.. dan xlama lepas tu semut jantan pon mati.

 Pengorbanan mcm tu mmg sgt sulit nak dijelaskan. Demi meneruskan generasi, semut jantan rela mengikuti upacara perkahwinan tu yg berakhir dgn kematian. Kalau diikutkan logik, pkara ni mmg susah nk dibahaskan. Populasi kehidupan semut ni telah pon terjadi berjuta thn dahulukan namun, xde lngsung semut2 jantan ni mogok x berkahwin ke ape ke..huhu.. Tetap patuh pd Maha PenciptaNya. :) Subhanallah~

Kehidupan Si Ratu plak


Manakala si betina slepas sesi mengawan, ia akan busy mencari sarang yg sesuai. Bila dah jumpa, ia akan segera mlepaskan sayapnya (cabut sayap die kot..huhu). Then, ia akan ttup pintu sarangnya dan tinggal bersendirian tanpa makanan selama beberapa minggu. Lalu, bru la ia bertelur. Selama tempoh tu, semut betina ni hanya memakan sayap yg die buang tu je. Dan memberi makan larva yg bru menetas dgn Air Liurnya shj. Dlm tempoh yg sama tenaga yg digunakan merupakan slh satu contoh pengorbanan yg ada. Kerana keterbatasan makanan ni semut2 betina kebiasaan bersaiz kecil tp ada jgak yg bersaiz besar kemungkinan disebabkan zat2 yg ckup ketika hayat die dlu.

Kilang/Bank Sperma Yg Pertama 

Seperti yg kte tau, semut jantan mati selepas sesi mengawan iaitu dianggarkan bbrapa jam selepas upacara berkahwin tu. Namun, mreka ni meninggalkan sperma yg lahir bertahun-tahun selepas kematiannya. Wow! so mcm mana sperma2 tu semua disimpan sehingga ttp dpt menghasilkan semut yg baru? Adakah mreka mengembangkan guna teknologi canggih or menghasilkan kilang sperma? huhuhu...


Setiap Ratu Semut memiliki kilang sperma dalam tubuhnya. Hebat!..huu.. Selepas sesi mengawan si Ratu ni menyimpan sperma dalam kantung Oval di hujung perutnya. Selama tempoh ni, setiap sperma tidak diaktifkan dan disimpan dalam keadaan itu slama bertahun-tahun. (lame gilew kan?). Apabila si Ratu mengeluarkan spermanya samada satu per satu or skali byk, sperma itu akan diaktifkan smula dan siap membuahi telur yg msuk ke saluran dari indung telur. Ini bermakna, kilang/bank sperma yg kite knal 25thn melalui teknologi tinggi, telah digunakan semut sejak zaman prasejarah lagi. MasyaAllah! huhuhu...aku pon bru tau taw! hehehe


 Pengorbanan Para Pekerja

Telur dari sang ratu dan semut muda yang belum dewasa ini hidup di ruang pemeliharaan dalam sarang semut. Jika suhu dan kelembapan udara membahayakan bagi semut muda, para pekerja membawa telur dan semut muda ke lingkungan yang lebih sesuai. Pada siang hari, mereka menyimpan telur di  permukaan agar panas, lalu membawa telur kembali ke ruangan yang lebih dalam pada malam hari atau ketika hujan.
Ni bermakna, semut pekerja ni berusaha melindungi telur dan semut muda dengan cermat bg keselesaan. Kalau hr panas, sbhagian semut pekerja membawa larva keliling sarang ntuk mendinginkannya dan sebahgian menutup dinding sarang dgn kulit kepompong buangan untuk mencegah kelembapan. Sebahagian lain mencarikan makanan. Ni mmg menunjukkan yg semut2 ni sgt2 lah penyanyang, baik hati. huhu.. Tapi perlu igt bhwa semut2 ni tidak memiliki kemampuan untuk berfikir mcm kite..huu. Contoh-contoh ini menunjukkan bhwa makhluk lain juga bertindak menurut kehendak Allah dan mereka pun mematuhi-Nya.

Jelas disebut dalam Al Quran seperti berikut:

"Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua yang makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat, sedang mereka (malaikat)tidak menyombongkan diri. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)." (QS. An- Nahl, 16: 49-50)

 Harta Karun Semut 


Harta karun yg bernilai bagi semut adalah telurnya. Ia begitu berharga jika nk dibandingkan dgn hal2 lain. Semut2 ni sanggup buat apa saje asalkan telur2 mereka dalam keadaan baik. Semut2 pekerja juga bekerja 24jam tanpa henti bagi menyempurnakan kewajiban mereka ntuk jga telur2 si Ratu tu...huhu.. Semut2 pekerja ni juga tidak bertelur, mreka hnya snggup mengabdikan diri bg menguruskan telur2 tersebut. Sungguh hebat!! wuu wuu

 Selain menciptakan semut dengan tubuh yang sempurna, Allah menganugerahi mereka teknik pertahanan diri. Kelenjar metapleural di rongga dada semut dewasa terus-menerus menghasilkan senyawa-senyawa yang dapat membunuh bakteri dan jamur. Oleh karena itu, koloni semut jarang sekali diserang infeksi bakteri dan jamur.


Itu Sahaja

Tu sahaja ntuk hrini..huhu..banyak sbnrnya yg kite xtau dan xmendalami makhluk2 ciptaan Allah s.w.t. Setiap ciptaanNya mempunyai kelebihan masing2. Dah lama gak aku fikir apa yg menarik ntuk kongsi dlm blog ni. Dan aku rasa agak bgus gak idea ni  ditonjolkan ntuk kite menerokai setiap kelebihan yg Allah ciptakan. Menyelongkar stiap cara kehidupan makhluk2 yg kite xpnah ambil berat tentang ciptaanNya. (aku ckp ntuk diri sndiri gak ni..hehehe)

Ok lepas ni aku nk cr kisah kehidupan2 bnda2 lain plak...4sure la byk yg menarik..insya Allah..dgn izin Allah..amin..hehe...Tungguuu~ hehehehe...assalamualaikum!



Sunday, January 23, 2011

~Gambaran Hari Kiamat~



- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Amar Suf

Adab Memberi Salam =)

Keperluan Memberi Salam

Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَالِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”. (QS. an-Nur: 27)

Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:

حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . .

Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.” (HR. Muslim 2162)

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ حَسِيبًا

“Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu”. (QS. an-Nisa: 86)

Perlu kita sedari bersama bahawa mengucapkan salam ‘Assalamu’alaikum’ dalam Islam bukan hanya sekedar sapaan sahaja, tetapi lebih mulia dari itu. Ia merupakan sebahagian dari ibadah kepada Allah subhanahu wata’ala, yang jelas mempunyai nilai dan pahala yang besar di sisi-Nya. Ucapan salam itu adalah doa. Sedangkan doa itu sendiri merupakan inti ibadah dan diberikan pahala bagi siapa yang mengucapkannya.

Salam juga merupakan amalan dan tradisi (sunnah) para Rasul-rasul Allah dan para malaikat-Nya. Sebagaimana Allah subhanahu wata’ala berfirman tentang kisah para malaikat yang datang bertemu dengan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam:

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ () إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ قَوْمٌ مُنْكَرُونَ

“sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim Yang dimuliakan?ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam Dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!” ia menjawab: salam sejahtera kepada kamu! “(Sambil berkata Dalam hati): mereka ini orang-orang Yang tidak dikenal.” (Adz-Dzariyat: 24-25)

Sahabat Abu Hurairah radhiyallahu’anhu meriwayatkan bahwa Nabi shallallahu’alaihi wasallam telah bersabda,

لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ قَالَ: اذْهَبْ فَسَلِّمْ عَلَى أُولَئِكَ النَّفَرِ مِنَ الْمَلَائِكَةِ جُلُوسٌ فَاسْتَمِعْ مَا يُحَيُّونَكَ فَإِنَّهَا تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيَّتِكَ. فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ فَقَالُوا السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَزَادُوهُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ (متفق عليه)

“Tatkala Allah menciptakan Adam ‘alaihissalam, Dia berfirman, “Pergilah dan ucapkanlah salam kepada para Malaikat yang sedang duduk, lalu perhatikanlah apa yang mereka akan jawab, sesungguhnya jawaban (para malaikat itu) adalah salam (penghormatan)mu dan anak keturunanmu. Maka Adam ‘alaihissalam berkata, “Assalamu’alaikum”, lalu mereka (para malaikat) menjawab, “Assalamu’alaika wa Rahmatullah”. Mereka menambahkan: “Warahmatullah”. (HR Bukhari 6227 dan Muslim 2841).

Salam juga merupakan ajaran dan amalan Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam dan para shahabat ridwanullahu’alaihim.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرو بْنِ العَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ (متفق عليه)

Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin al’Ash radhiyallahu’anhuma bahwa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam, “ajaran Islam yang manakah yang paling baik”? Beliau menjawab, “Kamu memberi makan (orang yang membutuhkannya), dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. (HR Bukhari 4684 dan Muslim 993).

  • Digalakkan mengucapkan salam tiga kali jika memberi salam kepada khalayak yang ramai supaya semua dapat mendengarinya.

Di dalam hadits Anas disebutkan

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا تكلم بكلمة أعادها ثلاثا، وإذا أتى على قوم فسلم عليهم سلم عليهم ثلاثا) رواه البخاري

“Sesungguhnya Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam apabila ia mengucapkan suatu kalimat, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada suatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali” (HR. Al-Bukhari).

  • Sunnah bagi orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.

Demikianlah disebutkan di dalam hadits Abu Hurairah yang muttafaq’alaih.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليسلم الصغير على الكبير، والمار على القاعد, والقليل على الكثير. وفي رواية: والراكب على الماشي. متفق عليه.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah yang muda memulai memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat: “dan yang bertunggangan (berkenderaan) kepada yang berjalan.” (Bukhari 6231, 6234 dan Muslim 2160).

  • Disunatkan memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian pula ketika menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur. Ini bermakna tiada istilah “menjawab salam di dalam hati” kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.

Di dalam hadits Miqdad bin Al-Aswad disebutkan di antaranya:

فكان نحتلب فيشرب كل إنسان منا نصيبة، وبرفع للنبي صلى الله عليه وسلم نصيبه قال: فيجيء من الليل فيسلم تسليما لا يوقظ نائما، ويسمع اليقظان. رواه مسلم

“dan kami pun memerah susu (binatang ternak) hingga setiap orang dapat bahagian minum dari kami, dan kami sediakan bahagian untuk Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam Miqdad berkata: Maka Nabi pun datang di malam hari dan memberikan salam yang tidak membangunkan orang yang sedang tidur, namun dapat didengar oleh orang yang bangun”.(HR. Muslim).

  • Disunatkan memberikan salam di waktu masuk ke suatu majlis dan ketika hendak meninggalkannya.

Kerana hadith menyebutkan:

إذا انتهى أحدكم إلى المجلس فليسلم، فإذا أراد أن يقوم فليسلم فليست الأولى بأحق من الثانية (رواه أبوداود وصححه الألباني)

“Apabila salah seorang kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam. Dan apabila hendak keluar, hendaklah memberikan salam, dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua. (HR. Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani).

  • Disunatkan memberi salam di saat masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong

Allah telah berfirman yang ertinya:

فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتاً فَسَلِّمُوا عَلَى أَنفُسِكُمْ

“Dan apabila kamu akan masuk ke suatu rumah, maka ucapkanlah salam atas diri kalian” (QS. An-Nur(24) : 61)

Ucapan Ibnu Umar Radhiallaahu ‘anhuma :

إذا دخل الرجل البيت غير المسكون فليقل: السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين (رواه البخاري فى الأداب المفرد وصححه الألباني)

“Apabila seseorang akan masuk ke suatu rumah yang tidak berpenghuni, maka hendaklah ia mengucapkan : Assalamu `alaina wa `ala `ibadillahis shalihin” (HR. Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad, dan disahihkan oleh Al-Albani).

  • Dimakruhkan memberi salam kepada orang yang sedang buang hajat

kerana hadits Ibnu Umar Radhiallaahu ‘anhuma yang menyebutkan

أن رجلا مرّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يبول فسلّم : فلم يرد عليه (رواه مسلم)

“Bahawasanya ada seseorang yang datang ketika Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam sedang buang air kecil, dan orang itu memberi salam. Maka Nabi tidak menjawabnya”. (HR. Muslim)

  • Disunnatkan memberi salam kepada kanak-kanak,

kerana hadith yang bersumber dari Anas Radhiallaahu ‘anhu menyebutkan:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفعله (متفق عليه)

Bahawasanya ketika ia melalui sekumpulan kanak-anak dia memberi salam, dan dia mengatakan: “Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam”. (Muttafaq’alaih).

  • Tidak memulakan memberikan salam kepada Ahlu Kitab, sebab Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

لا تبدءوا اليهود والنصارى بالسلام …. (رواه مسلم)

” Janganlah kalian terlebih dahulu memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani…..” (HR. Muslim). Dan apabila mereka yang memberi salam maka kita jawab dengan mengucapkan “wa `alaikum” saja, kerana sabda Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

  • Disunnatkan memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal. Di dalam hadits Abdullah bin Umar Radhiallaahu ‘anhu disebutkan bahwasanya ada seseorang yang bertanya kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

أي الإسلام خير؟ قال : تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف (متفق عليه

“Islam yang manakah yang paling baik? Jawab Nabi: Engkau memberikan makanan dan memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal”. (Muttafaq’alaih).

  • Disunatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain.

فقد جاء رخل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إن أبي يقرئك السلام فقال: عليك وعلى أبيك السلام (رواه أبو داود وحسنه الألباني)

“Pada suatu ketika seorang lelaki datang kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata: Sesungguhnya ayahku menyampaikan salam untukmu. Maka Nabi menjawab : “`alaika wa `ala abikas salam ( HR . Abu dawud dan dihasankan Al Albani )

  • Dilarang memberi salam dengan isyarat kecuali ada uzur, seperti sedang solat, bisu atau orang yang akan diberi salam itu jauh jaraknya. Di dalam hadits Jabir bin Abdillah Radhiallaahu ‘anhu diriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لا تسلموا تسليم اليهود والنصارى فإن تسليمهم إشارة بالكفوف (رواه البيهقي وحسنه الألباني)

“Janganlah kalian memberi salam seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani, karena sesungguhnya pemberian salam mereka memakai isyarat dengan tangan”. (HR. Al-Baihaqi dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

  • Disunnatkan kepada seseorang berjabat tangan dengan saudaranya. Hadits Rasulullah mengatakan:

ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يتفرقا (رواه أبوداود وصححه الألباني)

“Tiada dua orang muslim yang saling berjumpa lalu berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Albani).

  • Dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu di saat berjabat tangan sebelum orang yang diajak berjabat tangan itu melepasnya. Hadits yang bersumber dari Anas Radhiallaahu ‘anhu menyebutkan:

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا استقبله الرجل فصافحه لا ينزع يده من يده حتى يكون الرجل الذي ينزع (رواه الترمذي وصححه الألباني)

“Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam apabila ia diterima oleh seseorang lalu berjabat tangan, maka Nabi tidak melepas tangannya sebelum orang itu yang melepasnya….” (HR. At-Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).

  • Haram hukumnya membungkukkan tubuh atau sujud ketika memberi penghormatan, karena hadits yang bersumber dari Anas menyebutkan:

قال رجل : يا رسول الله احدنا يلقا صديقه أينحني له ؟ قال صلى الله عليه وسلم لا . قال فيلتزمه ويقبله ؟ قال : لا . قال : فيصافحه ؟ قال : نعم إن شاء ( رواه الترمذي وصححه الألباني)

Ada seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, kalau salah seorang di antara kami berjumpa dengan temannya, apakah ia harus membungkukkan tubuhnya kepadanya? Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Tidak”. Orang itu bertanya: Apakah ia merangkul dan menciumnya? Jawab nabi: Tidak. Orang itu bertanya: Apakah ia berjabat tangan dengannya? Jawab Nabi: Ya, jika dia hendak berjabat. (HR. At-Turmudzi dan dinilai shahih oleh Al-Albani).

  • Haram berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram. Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam ketika akan dijabat tangani oleh kaum wanita di saat baiat, beliau bersabda:

إني لا أصافح النساء (رواه الترمذي والنسائي وصححه الألباني)

“Sesung-guhnya aku tidak berjabat tangan dengan kaum wanita”. (HR.Turmudzi dan Nasai, dan dishahihkan oleh Albani).

Harus hukumnya mencium tangan ibu bapa ketika bersalam dan tidak ada seorang ulamak muktabar pun yang mengatakan haram.

Begitu juga harus mencium tangan pemimpin yang adil dan ulamak dan juga orang2 soleh sebagaimana yang disebut oleh ulamak didalam kitab2 mereka.

Ulamak berdalil dengan perbuatan para sahabat mencium tangan Nabi saw dan sesama sahabat r.a.

Rujukan Kitab Fatawa Imam Nawawi dan Fatawa Universiti Al-Azhar

wallahua’lam

Hukum Berjabat Tangan, Hukum mencium tangan, Hukum membongkokkan badan dan Hukum bersujud kepada selain Allah

1. Hukum Berjabat Tangan/Bersalam
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: “Apakah para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan” Dia menjawab: “Ya.” (HR Bukhari)

Dari al-Barraa’ bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:
“Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” (HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)

Dari Athaa’ bin Abdullah al-Khurasani, katanya Nabi s.a.w. telah bersaba:
“Hendaklah kamu saling berjabat tangan, nescaya hilanglah rasa dengki. Hendaklah kamu saling menmberi hadiah, nescaya kamu saling mencintai dan hilanglah permusuhan.” (Hadis Mursal riwayat Imam Malik)

Dari al-Barra”bin al-Azib r.a., katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya jika dua orang Islam bertemu, lalu saling berjabat tangan, saling mengasihi dan saling menasihati, nescaya bertebaranlah dosa-dosa yang ada pada kedua orang itu.”? (HR Ibnu Sunni)

Hadis di atas adalah di antara hadis yang menunjukkan bahawa berjabat tangan ketika bertemu adalah sunat hukumnya.

2. Hukum Mencium Tangan
Al-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, soleh, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.

Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amat tidak disukai.

Dari Zari’ r.a., yang termasuk di dalam rombongan Abdul Qais, dia berkata: “Kamipun berlumba-lumba turun dari kenderaan kami, lalu kami mencium tangan dan kaki Nabi s.a.w.”


3. Hukum Membongkokkan Badan
Adalah dimakruhkan membongkokkan badan kerana mahu menghormati seseorang.

Dari Anas r.a., katanya: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?” Baginda menjawab “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?” Baginda menjawa: “Ya.” (HR al-Tarmizi)

Hadis di atas bermaksud:
1. Makruh membungkukkan badan kepada seseorang.
2. Makruh memeluk dan mencium seseorang kecuali jika kembali dari bermusafir
3. Sunat berjabat tangan ketika bertemu.

Kita sering melihat mereka yang berada di atas pentas kerana berucap atau membuat persembahan. Sebelum atau selepas berucap atau membuat persembahan, mereka akan menundukkan badan sebagai tanda hormat kepada para hadirin. Perbuatan ini adalah dimakruhkan.

4. Hukum Bersujud Kepada Selain Allah
Umat Islam dilarang bersujud kepada selain dari Allah, samada ia berbentuk peribadatan atau penghormatan sahaja.

Jika ditanya, bagaimana dengan sujud para malaikat kepada Adam? Bukankah itu sujud dari makhluk kepada makhluk?

Jawab: Sujud yang dilakukan oleh para malaika kepada Adam bukanlah sujud yang berbentuk penyembahan (ibadah), tetapi sebagai penghormatan. Perkara ini disepakati oleh para ahli tafsir.

Lagi pula sujud malaikat kepada Adam adalah atas titah perintah Allah yang wajib dipatuhi.

Sehingga kita sendiripun, jika seandainya Allah memerintahkan kita agar sujud kepada seseorang, kita wajib mematuhinya. Jika perintah sujud itu diperintahkan oleh selain Allah, maka haram melakukan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Seandainya aku diperintahkan agar seseorang itu boleh sujud kepada seseorang lain, nescaya aku akan memerintahkan perempuan sujud kepada suaminya.” (HR al-tarmizi)

Hadis di atas menunjukkan:
1. Larangan bersujud kepada selain dari Allah, kerana tiada arahan berbuat demikian.
2. Suami wajib ditaati dan dipatuhi oleh si isteri.

Ahli taFsir mengatakan ada bebepa kemungkinan di dalam masalah sujud malaikat kepada Adam:
1. Malaikat benar-benar sujud kepada Adam dengan meletakkan dahinya ke tanah. Bukan sebagai penyembahan tetapi sebagai penghormatan serta melaksanakan perintah Allah.
2. Boleh jadi juga para malaikat itu pada hakikatnya bersujud kepada Allah, tetapi dengan menjadikan Adam sebagai kiblatnya. Ini sebagaimana kita diperintahkan bersujud kepada Allah dengan menjadikan ka’bah sebagai arah kiblah kita.
3. Ada juga yang mengatakan bahawa sujud malaikat kepada Adam bukanlah sujud dalam ertikata bersujud yang sebenarnya. Tetapi ia berbentuk sujud maknawi, iaitu dengan berikrar dan mengiktiraf kelebihan Adam.

Perlakuan sujud kerana menghormati (bukan penyembahan/ ibadah) memang berlaku pada umat zaman dahulu. Termasuk pada zaman Ya’qub dan Yusof, firman Allah Taala menceritakan mengenai Yusof a.s.:

“Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf”(Yusof:100)

Tradisi bersujud kerana hormat ini berlaku hinggalah berakhir pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat Muhamad di larang bersujud kepada selain dari Allah.

Ketika para sahabat melihat pokok dan unta bersujud kepada Rasulullah s.a.w., mereka berkata: “Kami adalah lebih patut bersujud kepadamu.”Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak sepatutnya seseorang itu bersujud kepada selain dari Allah Tuhan seru sekelian alam.”

Perkara ini juga pernah terjadi kepada Mu’az bin Jabal yang baru sampai dari Syam, lalu bersujud kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: “Apa ini”? Mu’az menjawab: “Wahai Rasulullah s.a.w., aku baru datang dari Syam, aku pernah melihat mereka (penduduk Syam) bersujud kepada pembesar dan pendeta mereka. Aku ingin melakukan itu terhadapmu.” Baginda bersabda: ” Jangan lakukan. Jika aku diperintahkan sesuatu itu boleh bersujud kepada sesuatu, nescaya aku akan memerintahkan agar wanita bersujud kepada suaminyaa£á|.al-hadis.” (HR Ibnu Majah)

Oleh itu, bersujud kepada selain dari Allah adalah haram hukumnya. Tidak kira samada sujud itu kerana penyembahan atau hanya semata-mata penghormatan.

Rumusan
1. Berjabat tangan adalah sunat.
2. Mencium tangan adalah dianjurkan kepada mereka yang dimuliakan dari segi keagamaan. Dimakruhkan jika kemuliaan itu dari segi keduniaan.
3. Membongkokkan badan kerana menghormati seseorang adalah makruh.
4. Bersujud kepada selain dari Allah adalah haram.
5. Apabila kita berjabat tangan dengan ibu atau bapa kita, kita terpaksa membongkokkan badan kerana mahu mencium tangannya. Kita membongkokkan badan bukan atas tujuan menghormatinya. Hal ini dibolehkan, cuma tidak boleh berlebih-lebihan.

Wallahu a’lam…