Sunday, January 23, 2011

~Dajjal~


Dajjal....

Asal Keturunan Dajjal

Dajjal adalah manusia daripada keturunan Yahudi... dia bukan jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya "Minal Munzharin"...

Seperti halnya Nabi Isa As yang diangkat oleh Allah ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini ..lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al-Munawwarah...

Ayahnya seorang tinggi dan gemuk..hidungnya seperti paruh burung..sedangkan ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya..

Menurut imam Al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya adalah keturunan Dukun Yahudi yang dikenali dengan nama "Syaq" manakala ibunya daripada bangsa Jin...

Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman As dan mempunyai dengan keturunan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman As ianya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walaubagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.

Sifat Tubuh Badan Dajjal

Hadis Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda "Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta ia mempunyai Syurga dan Neraka. Neraka itu merupakan Syurga dan Syurga pula merupakan Neraka."

Ada beberapa ciri perwatakan Dajjal yang disebutkan dalam hadis Rasullulah SAW antaranya :

1. Seorang kelihatanya masih muda.
2. Berbadan besar dan kemerah-merahan.
3. Rambutnya kerinting dan tebal.
4. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
5. Tanda yg paling kelihatan . Buta mata kirinya seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan dan berkelip kelip laksana bintang.

Kedua-dua matanya adalah cacat tertulis di dahinya tulisan Kafir (Kaf-Fa-Ra). Tulisan ini dapat di baca oleh setiap orang islam, samada dia pandai membaca ataupyn tidak.

Mengikut Hadis Riwayat At-Thabrani, kedua-dua tnda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku dirinya Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tnda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya

Menurut riwayat "Shahih Muslim" Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai disebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama "Al-Jassasah".

Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia tunggu masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan muka bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa Lama Ia akan Hidup Setalah Kemunculannya?

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama 40 hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya sama dengan setahun, hari keduanya sama dengan sebulan dan hari ketiga sama dengan 1 minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari biasa.

Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan 14 hari...

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan : Kami bertanya "Wahai Rasulullah! berapa lamakah ia akan tinggal dimuka bumi ini? " Rasulullah menjawab " ia akan tinggal selama 40hari."

"Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (37hari) adalah sama seperti hati kamu yang biasa."

Lalu kami bertanya lagi "Wahai Rasulullah ! di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami sembahyang yang sehari sahaja? (iaitu 5 waktu sahaja)"

Rasulullah menjawab "Tidak cukup! kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang."

Maksud sabda Rasulullah SAW, ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu, bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu 7 jam selepas sembahyang subur pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor. dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu 3 jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar dan begitulah seterusnya sewaktu sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh.

Sehingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa 1 tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya bberapa kemampuan yang luar biasa, diantara kemampuan Dajjal ialah :

1. Segala kesenangan hidup ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.

pada tahun pertama hujan akan turun sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan berkurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul dan membawa ujian.

Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada Awan "Hujanlah kamu di daerah ini !' lalu hujan pun turun dan menyuburkan muka bumi ini.

Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak bersekutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percayakanya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasulullah bertanya, "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab "mereka akan berasa kenyang dengan bertahlil, bertasbih,bertakbir, dan bertaubat. Jadi Zikir-zikir itu akan menggantikan makanan."

2. Ada bersamanya seumpama Syurga dan Neraka.

Diantara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama Syurga dan Neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-dua ini untuk menguji iman umat islam. kerana hakikat yg benar adalah sebalik daripada apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga adalah Neraka dan apa yang dikatakan Neraka pula adalah Syurga.

3.Kepantasan perjalanan dan negeri-negeri yang tidak dapat dimasuki

Kepantasan yang dimaksudkan tidak ada pada kenderaan orang dahulu, kalau hari ini maka kita bolehlah mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera-tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan berkilo-kilo kilometer dapat ditempuh dalam 1 jam.

Kami bertanya "Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas permukaan bumi?" Rasulullah menjawab " kepantasan perjalanannya sama sperti kepantasan "Al-Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." HR Muslim

Namun demikian, Dajjal tidak akan dapat memasuki 2 bandar suci umat islam iaitu :

1. Madinah Al-Munawwarah
2. Makkah Al-Mukarramah

4.Bantuan Syaitan-syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan juga akan bertungkus lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucuk Adam As.

No comments: