Sunday, January 23, 2011

Permintaanku~


PERMINTAAN KU...

by Syahmi Siti Nur on Tuesday, January 4, 2011 at 7:40pm

PERMINTAAN KU PADA-MU YA RABB...

Ketika aku meminta kekuatan...

Engkau memberi kesukaran...

Kerana...melaluinya aku menjadi kuat...

Ketika aku meminta kebijaksanaan...

Engkau memberiku masalah untukku selesaikan...

Kerana...melaluinya aku dapat pengalaman...

Ketika aku minta kemewahan...

Engkau memberiku akal untuk bekerja...

Kerana... melalui berfikir aku melihat cara...

Ketika aku meminta ketabahan...

Engkau memberiku rintangan untuk dihadapi...

Kerana...melaluinya aku akan teruji...

Ketika aku meminta cinta...

Engkau memberiku insan-insan menderita...

Yang perlu aku beri bantuan...

Kerana...melaluinya perasaan cinta akan bermula...

Ketika aku meminta bantuan...

Engkau memberiku peluang...

Kerana...melaluinya aku mula mencuba...

Betapa indah dan bermaknanya hidup ini...

Kerana Engkau tidak pernah menghampakan ku...

Aku menerima segalanya yang aku perlukan pada waktunya...

Demi membantu aku meneruskan kehidupan...

KERANA:

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi…

Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan…

Kau ciptakan 100 bahagian kasih sayang… 99 disimpan di sisiMu dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak…

Kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati, sehinggalah kita kehilangannya... Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi...
  • Di mana ada benci, biarlah kita membalasnya dengan sayang...
  • Di mana ada hati yang terluka, di situ biarlah kita yang menjadi penyembuhnya...
  • Dimana ada duka, di situ biarlah kita yang menjadi penghiburnya...
  • Di mana ada perselisihan, di situ biarlah kita yang merapatkanya...
  • Di mana ada keraguan, di situ biarlah kita yang meyakinkan...
  • Di mana ada putus asa, di situ biarlah kita menebarkan harapan...
  • Di mana ada kesedihan, di situ biar kitalah yang berkongsi bahagia...
  • Di mana ada kegelapan, di situ biarlah kita yang membawa cahaya…

Selagi kita mahu membantu dan mengasihi orang lain... selagi itulah kita akan mendapat ‘geran’ dariNya...

Maka kita harus mensyukuri, menghargai, menikmati anugerah kasih sayang, cinta, belas ehsan, sesama makhluk... Marilah kita menikmati hidup ini dengan kasih sayang... aminnn...



No comments: